Perkhidmatan Interpretasi & Sewaan Peralatan Acara

Komunikasi Pelbagai Bahasa yang Lancar untuk Setiap Acara

Itrace menawarkan perkhidmatan interpretasi profesional secara serentak (SI) dan berturutan (CI) untuk pelbagai jenis acara, daripada persidangan dan mesyuarat perniagaan hinggalah ke acara berprofil tinggi. Jurubahasa kami yang bertauliah bukan sahaja fasih dalam lebih 20 bahasa, tetapi juga arif tentang konteks budaya, memastikan komunikasi yang tepat, lancar dan berkesan, sama ada di bilik lembaga mahupun di sidang kemuncak antarabangsa.

Kami turut menyediakan penyelesaian menyeluruh dengan peralatan teknikal berkualiti tinggi seperti kabin kalis bunyi, alat penerima, dan mikrofon berkualiti premium. Gabungan kepakaran interpretasi dan sokongan teknikal ini amat sesuai untuk acara hibrid, mesyuarat agung tahunan (AGM), dan forum antarabangsa yang memerlukan penyampaian pelbagai bahasa yang lancar profesional dan tanpa gangguan.

Komunikasi Pelbagai Bahasa yang Lancar

Gabungkan kepakaran interpretasi dengan peralatan bertaraf tinggi untuk komunikasi yang
lancar dan menyeluruh sepanjang acara anda. Setiap peserta, tanpa mengira latar bahasa,
dapat mengikuti dan memahami sepenuhnya kandungan acara, sekali gus memaksimumkan
impak, penyertaan dan pengalaman mereka.

Pelaksanaan Acara Tanpa Tekanan

Singkirkan kekusutan mengurus logistik bahasa dengan pakej interpretasi dan sewaan
peralatan kami yang serba lengkap. Serahkan segalanya kepada kami — daripada pemasangan,
sokongan teknikal, hinggalah penyediaan jurubahasa berpengalaman, supaya anda dapat
memberi tumpuan sepenuhnya pada kejayaan acara anda.

Citra Profesional

Tampilkan imej yang meyakinkan dan inklusif kepada khalayak antarabangsa anda. Peralatan
berkualiti tinggi dan jurubahasa bertauliah kami mencerminkan komitmen anda terhadap
komunikasi berkesan dan kebolehcapaian, sekaligus mengukuhkan reputasi jenama anda.